Tuesday, 5 March 2013

BAB 1 (1.1) - PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN


1.1   Pendedahan Kepada Penyata Kewangan
(a)  Jenis-jenis Penyata Kewangan
- Terdiri daripada:
-       Penyata Pendapatan  dan Kunci Kira-kira atau
-       Akaun Perdaagangan dan Untung rugi
-       Kunci Kira-kira
- (Rujuk Lampiran 1)

(b)  Tujuan Penyediaan Penyata Kewangan
                   -    Pemilik perniagaan – mengetahui prestasi perniagaan
                   -    Pihak pengurusan – menganalisis, mengawal dan merancang aktiviti
            Perniagaan
       -    Pihak luar – menilai kemampuan pelajar
       -    Pihak kerajaan – mentaksir cukai pendapatan dan prestasi kewangan perniagaan

                   -     Penyata Pendapatan / Akaun Perdagangan dan Untung rugi
            -  untuk mengetahui keuntungan atau kerugian perniagan dalam satu
    tempoh perakaunan
-       Kunci Kira-kira
-  untuk mengetahui kedudukan kewangan perniagaan

(c)   Tajuk Penyata Kewangan
            -    Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2010/
                 Akaun Perdagangan dan Untung rugi Bagi Tahun Berakhir
31 Desember 2010
-       Kunci Kira-kira Pada 31 Disember 2010

(d)   Komponen setiap jenis Penyata Kewangan
     -  Untung Kasar dan Untung Bersih
           - Untung Kasar  =   Jualan bersih – Kos Jualan  (Harga jual – Harga beli)
                 Jualan bersih  =   Jualan – pulangan jualan
                 Kos jualan      =   Stok awal + Belian – Stok akhir
           - Untung Bersih  =   Untung kasar + Hasil – Belanja
                 Komponen hasil      -  Komisen diterima, Diskaun diterima dsbnya
Komponen belanja  -  Gaji, Sewa, Insurans dsbnya.
- (Rujuk lampiran 1)



Kunci Kira-kira
- Aset, Liabiliti dan Ekuiti pemilik
                                                i.     Aset  iaitu Aset semasa dan Aset bukan semasa
                                               ii.     Liabiliti iaitu Liabiliti semasa dan Liabiliti bukan semasa
                                             iii.     Ekuiti pemilik – modal – pertambahan modal dan pengurangan modal
-(Rujuk lampiran1)

(e)   Pihak yang bertanggung jawab keatas penyediaan Penyata Kewangan
-       pemilik perniagaan sendiri
-       namun begitu penyediaan Penyata Kewangan tertakluk kepada saiz perniagaan:
-        
                                                i.     Akauntan
-  memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan sistem
   belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain.
-  menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk
   dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan
    berkanun dan badan-badan lain.

                                              ii.     Pengurus Kewangan
-  mengurus pelaporan kewangan supaya berjalan lancar.
-  menyediakan akaun bulanan dan penyediaan laporan kepada
   pihak atasan.
-  menyediakan akaun tahunan.

                                            iii.     Pengurus Akaun
-  menyelenggara rekod lengkap kesemua transaksi kewangan sesebuah
   perusahaan mengikut prinsip perakaunan yang biasa dengan bimbingan
   akauntan.
-  mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan
   pembayaran, penerimaan dan transaksi kewangan yang lain.
-  menyediakan penyata dan laporan kewangan bagi tempoh tertentu.
-  menjalankan pengiraan perakaunan dengan menggunakan pakej
   perisian komputer yang standard.

(f)    Pengguna Penyata Kewangan
-       Pihak dalaman seperti pemilik, pengurus, pekerja dan  pemengang saham
-       Pihak luar seperti ejensi-ejensi  kerajaan, bank dan pelabur-pelabur baru

(g)   Kepentingan Penyata Kewangan
-       menyampaikan maklumat kewangan perniagaan kepada pihak-pihak tertentu
-       sebagai alat komunikasi kewangan
-       membuat keputusan dalam perniagaan
-       asas penilaian perniagaan oleh pihak dalaman dan pihak luar
-       sebagai penilaian keatas prestasi pekerja-pekerja dalam sesebuah perniagaan